Ucapan Takziah Dan Al-Fatihah Buat Pesawat AirAsia QZ8501

Pihak Kementerian Perhubungan Indonesia (Kemenhub) telah mengesahkan bawah serpihan pesawat berwarna merah dan putih telah ditemui di  perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah milik pesawat AirAsia QZ8501.
Pesawat yang berlepas pada jam 5.36 pagi dari Surabaya dan menuju ke Singapura pada 28 Disember yang lalu telah terputus hubungan komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara  (ATC) di Jakarta pada jam 6.12 pagi.
Pesawat AirAsia jenis Airbus  A320-200 ini membawa seramai 155 penumpang termasuk 70 lelaki dewasa, 68 wanita dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
Kami mewakili pusat kegiatan guru seluruh negeri Selangor  ingin mengucapkan salam takziah dan Al-Fatihah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan penumpang  dan anak kapal pesawat  #AirAsiaQZ8501. 


0 comments: