Pemantauan pkg cemerlang negeri selangor 2014

Hari ini 3 orang pegawai btpn selangor telah hadir ke pkg jeram untuk memantau kelemahan dan kekurangan pkg untuk di tingkatkan.


1 comments:

MISI BANTUAN PASCA BANJIR BTPN SELANGOR

Pada 14 Januari hingga 16 Januari 2015.Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama BAKEBS telah berangkat ke Dabong bagi membantu pegawai dan kakitangan PKG Dabong yang terjejas teruk akibat banjir.Misi ini diketuai oleh Tn.Haji Tohir Bin Karim, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal PKG Selangor.Matlamat dan tujuan program ini adalah untuk menyampaikan sedikit bantuan secara terus kepada mereka.Apa yang berlaku di sini membuatkan kami pasukan misi berasa amat sedih dan insaf tatkala melawat rumah Puan Azira iaitu pembantu tadbir PKG Dabong yang serba kekurangan setelah dilanda musibah banjir.Tiada bekalan elektrik,tiada bekalan air dan tiada bekalan susu untuk anaknya.Kami juga telah melihat bagaimana kuatnya kuasa air yang boleh mengalihkan jambatan kereta api dabong yang teralih sejauh kira kira 50 meter selain banyak rumah musnah.Dikesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dari seluruh warga BTPN PKG Selangor yang menyumbangkan wang mahupun harta benda kepada En Samsudin PTP PKG Dabong dan Pn. Azira PT PKG Dabong.Semoga Allah menambahkan limpahan rezeki anda.Akhirnya terimo kasih ambo ucapkan.


0 comments:

Ucapan Takziah Dan Al-Fatihah Buat Pesawat AirAsia QZ8501

Pihak Kementerian Perhubungan Indonesia (Kemenhub) telah mengesahkan bawah serpihan pesawat berwarna merah dan putih telah ditemui di  perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah milik pesawat AirAsia QZ8501.
Pesawat yang berlepas pada jam 5.36 pagi dari Surabaya dan menuju ke Singapura pada 28 Disember yang lalu telah terputus hubungan komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara  (ATC) di Jakarta pada jam 6.12 pagi.
Pesawat AirAsia jenis Airbus  A320-200 ini membawa seramai 155 penumpang termasuk 70 lelaki dewasa, 68 wanita dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
Kami mewakili pusat kegiatan guru seluruh negeri Selangor  ingin mengucapkan salam takziah dan Al-Fatihah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan penumpang  dan anak kapal pesawat  #AirAsiaQZ8501. 


0 comments: